Sayangilah ibu bapa mu sesayang-sayangnya. Jangan pernah letih untuk berbuat baik kepada keduanya. walau siapa pun mereka. walau siapa pun.
setelah hampir enam cycle saya lalui, kini tiba giliran saya untuk merasai cycle obstetric. dengan kata lain, cycle ini lebih menumpukan kepada ibu mengandung, penjagaan, terapi, rawatan, hinggalah kepada pengurusan proses melahirkan anak dan penjagaan ibu selepas melahirkan anak. kami ditempatkan di sebuah Roddom 2 (hospital untuk orang bersalin) yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah saya. Alhamdulillah, kelas saya diambil alih oleh seorang doktor yang sangat baik.
dua hari lepas, dalam kelas pertama, kami dibawa ke satu operation theater, dimana seorang ibu sedang terlantar untuk menanti dibelah perutnya. belah perut? ummi saya cakap macam itu lah. sebenarnya pembedahan itu dipanggil Cesarean Section atau dengan mudahnya kita panggil c-section.
doktor saya turut terlibat dalam pembedahan tu. beliau berada di sebelah kanan pesakit. manakala seorang lagi doktor berada bertentangan dengannya. dua orang doktor itu bertungkus lumus dengan segala instrument yang diberikan oleh jururawat yang membantu proses pembedahan tersebut. kalau besi yang dihulur, besi jugalah yang diambil. kalau pisau dihulur, maka pisaulah digunakan. nampak macam jururawat yang mastermind semuanya, kan? tidak. tidak. jururawat yang sebenarnya kena perhatikan apa yang diperlukan oleh surgeon tu. dia harus cekap, dan pikap.
doktor saya mulakan dengan melakukan sedikit incision melintang di bahagian bawah abdomen, sehingga terbelah kulit perut. satu lagi incision dilakukan betul-betul diatas incision tadi, membentuk dua belahan selari yang jarak antara keduanya lebih kurang daripada 1cm. selepas itu, kulit itu dibuang. dan incision dilakukan layer by layer. habis semua lapisan otot, aponeurosis di belahnya. sampai lah ke lapisan rahim.
doktor berhenti, dan menunjukkan kepada kami rahim seorang ibu. jururawat memberikan sebilah pisau, dan disambut dengan berhati-hati. doktor membelah rahim, dan nampak lah satu placenta, dimana seorang bayi menumpang ihsan seorang ibu selama hampir 9 bulan lamanya.
saya agak berdebar. inilah kali pertama saya melihat c-section. doktor menebuk placenta, dan air ketuban memancut-mancut keluar daripada dinding rahim yang telah dibelah. doktor saya berusaha merobek-robek belahan tersebut. macam nak buka buah durian pun ada. tiba-tiba saya ternampak satu tangan kecil. tangan yang keluar meminta harapan untuk diselamatkan. doktor yang seorang lagi memaut ketiaknya, dan berusaha mengeluarkan kepalanya.
akhirnya, selepas beberapa saat, keluarlah seorang bayi yang menangis-nangis, menggemakan satu bilik bedah. meremang bulu roma saya.
subhanallah. itu. sangat cantik. subhanallah.
"hello, selamat datang"
cikgu saya menegur bayi itu. kami hanya tersenyum.
bayi tersebut diletakkan di kaki ibunya. badannya meronta-ronta terkena panahan dunia baru. badannya biru. itu adalah normal bagi bayi yang baru lahir.
bayi tersebut diletakkan diatas satu kabinet. dibekalkan bantuan oksigen untuk membantu pernafasan. tangisan yang dari tadi lagi tidak berhenti-henti, beransur perlahan. dia mungkin keletihan. memang berpindah daripada satu alam kepada alam yang lain, sangatlah menyeksakan, dan meletihkan. kita sudah berjaya melalui alam rahim dan beralih kepada alam dunia. bagaimanakah nanti keadaan kita sewaktu beralih ke alam barzakh nanti? wallahualam.
bayi semakin tenang, dan dibawa kepada ibunya. ibunya menangis terharu. "selamat sejahtera!". si ibu bermain dengan jari-jari kecil yang kesejukan itu.
merasakan sungguh gembira dan menenangkan melihat satu lagi nyawa baru yang selamat dibawa ke dunia. selepas sembilan bulan menumpang kasih daripada seorang ibu di alam kasih sayang (rahim), tangisan pertama seorang bayi membawa tangisan kegembiraan seorang ibu. alhamdulillah.
gambar yang saya curi-curi ambil. heee.
wahai bayi yang baru lahir itu, hiduplah engkau untuk menjadi seorang yang berguna. tidak kira apa agamamu, siapa kamu, sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapamu. engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan untuk membesarkan kamu. jangan lah pernah letih membalas jasa ibu bapamu yang tidak pernah dapat dilabelkan dengan nombor itu.
hari ini, saya melihat tiga natural delivery (proses kelahiran semula jadi). saya sempat membisikkan azan kepada salah seorang daripada bayi tersebut.
harap dia mendengarnya.
wallahualam.


Terdapat 7 comment(s):
wah. seronoknya ! tahniah doktor ^^
bestnyer... Ayn nak jadi doktorlah!!!
din, kalu aku la, konfem reboh beleping dh situ.. xleh tengok.. kalu tengok menda2 lain xpo. kalu bab2 gini, gilo seram.. hahahahahahahahaha
lek qib. pah nok tengok bini mu branok gano gini. lamo mu pese dulu daripado bini mu. paroks!
perghh..yg kt dlm youtube pn xberani nk tgk ini plak yg real2..
mmg betol la..kasih ibu mmbw ke syurga~~
sebak r din bile aku bace sal mende2 beranak nih....homesick aku dibuatnye....takpe din,akan dtg ko bukan stakat azan jek,ko y akan sambut bayi2 ar rijal ni nnt....
:)
[erk!! BILA TUKAR LAYOUT ni faiz??!! (@___@) alamak aii..kantoi la lame xsinggah sini..hehe]
Post a Comment