Random 10

Wednesday, November 9, 2011
setelah hampir 21 tahun hidup di atas muka bumi ini, saya merasakan kebanyakan kenangan pahit saya adalah bahan senyuman sendiri saya pada hari ini. semua telah berubah. alhamdulillah kenangan pahit boleh jadi kenangan manis. tetapi, ada juga kenangan pahit menjadi semakin pahit dan akhirnya berbau perit. itu bahaya.

sangat bahaya.

saya ingat lagi, ketika saya di tahun pertama di Volgograd Russia ini. waktunya, ada lah dalam lebih kurang 630 petang. selepas kelas bahasa Russia saya itu. saya dan kawan saya pulang bersama menaiki trolley bus. selepas beberapa minit terhuyung hayang di dalam bas, kami tiba di tempat yang ingin dituju iaitu stesen bas yang bernama Astanovka Sedjmaya Gvardeiskaya. disitu lah kami biasa berhenti untuk berjalan lagi 500m sebelum sampai ke kediaman kami yang 'indah' itu.

ada satu kali tu, saya turun bas, dan berdiri di sebelah kawan saya, sementara menunggu lampu merah bertukar kepada hijau (untuk pejalan kaki). tidak jauh daripada saya ada seorang budak perempuan kelas saya berdiri. tiba-tiba ada seekor anjing yang tingginya paras peha saya mendekati kawan saya yang perempuan itu. saya dan kawan saya hanya gelak sahajalah. padahal dekat jantung ni dah dup dap dup dap. gelak je lah, kan? nak lawan takut tu.

tiba-tiba anjing tu berpaling tadah, dan melihat kearah kami. saya dan 3 orang lagi terus berhenti gelak. lampu merah sudah bertukar kepada hijau. dan pada masa yang sama anjing itu mendekati kami. tidak dapat berjalan terus, sebab untuk anjing tu betul betul berada di depan kami.

alamak.

alamak!

saya pun dengan tanpa segan silu lalu je sebelah anjing tu. saya tahu yang anjing boleh sense fear. kami yang 2 3 orang ni dah mula menjauhi traffic light. tapi tak lintas pun! saya jalan rilek saja lah. sebab ingat anjing tu tak ikut ke ape. tiba-tiba adalah sorang kawan saya ni cakap, anjing tu belakang saya. ikut saya! saya pusing belakang. anjing tu sejengkal sahaja dari saya. gila!

saya pun mengambil langkah yang tak berapa cerdik. maka terbukak lah langkah seribu saya itu. terisi lah darah ke paha dengan galaknya setelah hampir beberapa bulan tidak berlari. memang tidak cukup tanah lah saya lari. aduh.

tiba dekat jalan besar, saya mati akal. saya pusing belakang, encik anj tu masih kejar saya. dang! saya pun cross lah jalan yang sesak dengan trafik tu. habis semua kereta hon saya. aduh. ah tak kisah. bukan saya seorang saja, dua tiga lagi pun bergadai nyawa jugak berlari!

tiba lah kami ke kawasan pasar. saya sempat lah menyorok di belakang vending machine. tahan nafas. saya pusing sikit, anjing tu dah dekat dengan saya. saya berusaha lah menenangkan diri. kawan saya yang turut menyorok di depan saya ni tak habishabis gelak. lempang baru tahu budak nih. aishhh. nampak je kepala dia, saya bergerak ke sisi lain vending machine tu. macam tengah berlakon filem 'Predator' pula.


predator: wachhaa!


nasib baik, ada satu kereta di seberang sana. saya pastikan line clear. tengok anjing tu dah tak fokus. saya cepatcepat lari sambil tunduk (macam askar-askar selalu buat bila nampak musuh. boleh bayang tak ni?) menyorok di belakang kereta. saya minta sorang kawan saya tu untuk intai. lama juga dia intai. entah apa lah yang dia intai tu. dalam dua tiga minit, kami pun bangun. fuhh. terlepas seyh!


macam ni haa kami jalan. boleh agak tak ni?


kami cross jalan ke seberang sana, ke route asal untuk pulang ke hostel.

kejap.

dimana kawan saya sorang lagi? hanya 3 orang je dekat sini. saya mengintai-intai dimana la sorang kawan saya tuh. ke belakang, takde. ke depan, takde. tengok balik dekat traffic light, takde. saya tengok balik dekat jalan yang seberang sana tu. tiba-tiba. nampak lah seorang kawan saya tu lari lintang pukang seorang diri dengan tangan yang terhuyung hayang kesana kemari, dengan anjing tu pun main kejar-kejar lagi dengan beliau! arhhhh. *palm face*



sori bro. tokleyh kawe nok tulong.

dalam 10 minit berjalan kaki, kami tibalah di hostel. kawan saya yang berseronok dengan encik Anj tadi tiba sedikit lewat daripada kami dengan muka yang agak seteres dan keletihan. kesian kawan saya tu, kan?

ish ish ish.

sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dengan anjing. sebenarnya, saya sendiri pun tak tahu kenapa lah saya phobia sangat dengan benda tu. takut kene gigit kah? takut tersentuh pun satu hal. biasanya budak budak ni, kalau kene je spisis encik Anj tu (jilat ke, tersentuh ke, terpijak ke), terus buang. kene seluar, buang lah seluar. kene kasut, maka berterbangan lah kasut tidak dipakai lagi.

entah lah. saya pun tak tahu.

sebenarnya kalau jumpa anjing, kene cool. buat rilek je. lepas tu dia pun rileks jugak lah. tapi kalau jenis saya yang darah jenis darah gemuruh ni macam mana?



wallahualam.

Terdapat 7 comment(s):

visitme@FaTiN cOrNeR at: November 9, 2011 4:11 AM said...

hihihi..lawak2..

kalau kena buang baju kasut semua mcm membazir je...

Syima Adilla at: November 9, 2011 5:38 AM said...

Assalamulaikum..

agak menarik..punya pengalaman yang hampir sama dengan saudara.

Cuma pada masa tu, saya bersama dengan 4 org kwn india dan 3 org kwn melayu. Kalau nak kata memang xcukup tanah lari. Sehinggakan tersalah pegang tangan pakwe orang yg x dikenali bawak lari. ingatkan tangan salah seorang sahabat2 saya tadi. Bila ingat balik, memang kenangan pahit akan menjadi kenangan manis. Tak sedar diri tersenyum sendiri.

=)

wassalam..

Anonymous at: November 9, 2011 8:16 AM said...

hahaha ini lawak :D

MofarRahman at: November 9, 2011 12:37 PM said...

fatin: sebab masa tu tak tahu lagi cara nak praktik ilmu samak menyamak najis ni. tahu teori sahaja. aduh. rugi3.


Syima Adilla: hahaha. epic!

anon: gelak saje diaaaaa :P

Anonymous at: November 9, 2011 8:51 PM said...

HEHEHEHEH
KELAKAR WOI KELAKAR!

layyinul harir^cuiya at: November 11, 2011 12:32 AM said...

kasut sukan sy x sampai setahun pakai terpijak tahi anjing terus melayang masuk tong sampah...

memang pak anjang di sini sangat aktif terutamanya musim salju yang menjelma dengan awalnya ini.

Hermin at: November 13, 2011 5:05 AM said...

Nice blog u hv here! :D