bangun segar pagi menghirup angin pagi 1 Ramadhan di Malaysia. alhamdulillah. masih hidup hari ni yea. panjang kan raaandom saya tu. menunjukkan random kali ni panjang. hua hua hua. jom jom kita tengok apa yang panjang sangat tu.
Malaysia!
yes! kalau anda perasan, saya tulis "di Malaysia" dekat atas tu, bermakna saya sekarang bersiaran dari Malaysia lah! selepas hampir 12 jam saya berbosan di atas flight, akhirnya sampai jugak saya. adalah jugak saya snap beberapa gambar dari tempat saya transit.
nak tengok? mesti nak, kan? jom jom!
Domededovo, Moscow
Dubai
gambar atas plane tak ambek sebab kamera tak ada di tangan. hurm, emirates dapat best entertainment tapi saya rasa cam biasa saja. movie kurang, lagu sikit, makanan tak best, servis tak berapa nak best. baik Qatar dekat Doha. makanan banyak. siap ada nasik masak kurma lagi. tahun depan tak nak dah naik emirates. humph!
sampai Malaysia, tunggu lagi beberapa jam sebelum naik flight ke Kelantan. sambil tu, sempat lagi bersantap dekat Kepsi dekat KLIA. wah wah wah. rasa dah macam 10 bulan tak makan ayam celup tepung rangup gaban. sedap oh!
saya makan dengan dua makhluk ni. heeee.
sampai rumah je, makan lagi. makan makan makan!
Happy Birthday!
hehe. selamat hari lahirlah kepada Ummi dan anak sedara saya, Kaisara Aqilah. tak buat party pun, hanya ada makan lah sikit2. kakak saya beli kek. saya dan adik beradik lain bagi present. buat umi suka pun da cukuplah kan?
selepas solat maghrib, kami ke Restoran Heritage. abah belanja.
seeeedapp!
Ze Jalan Jalan
haaa. yang ni paling best. saya dan femeli bercuti di Cameron Highland. pergi hari Khamis, balik hari Sabtu. lama uh. tido sana. katanya nak rasa angin sejuk. macam-macam. nak tengok gambar? tengok SINI dan SINI.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
urgh. kalau tengok balik, pendek je post ni. pada awalnye nak tulis ceciter pepanjang. tapi, disebabkan oleh internet yang terlalu laju ni, mematikan mood saya. (tunggu siap upload satu gambar, saya sempat lagi basuh baju, main game psp, kemas-kemas bilik. tension!). kalau dekat rumah saya dulu, laju. tekan, tup tup keluar terus. kadang-kadang tak tekan lagi pun da keluar. :P
tapi, ada juga brightside dye. kalau internet laju laju pun, lagha jugak jadinya. duk mengadap lappy ni 24/7, buang masa. dah la sekarang ni bulan Ramadhan ada baiknya saya buat kerja lain dari luang masa dekat internet ni kan.
it is time to face the reality. go with it!
ilalliqa' wassalam!






Terdapat 7 comment(s):
ehem3!! da tahu ni 1 Ramadhan lagi mau post gamba2 mkanan ka?? ayoyo..siyes nmpk sdp kek tu!! (T_T)
alhamdulillah...bagus bebeno la tenet slow...nmpk da hikmah nye kn..kn?? (^_--)v
salam ramadhan mofar!!
mari sama2 tingkatkan amalan seumpama ini adalah Ramadhan terakhir buat kita semua..insya-Allah!! YOSH~
sanah helwah to ur umi n anak sedara..
din, jom wat buko poso skali ngan sek2 ni. apiq n the geng.. ejah la
Wooiiitt makan baanyaaakkk ehhh?.?.?.
bila nk update belog ni ha...
on BEHALF OF rEDBLUEVIOlet.. beliau bz stdy skrg...
erk...whatever!! bleh plak on behalf...
Post a Comment