kalau kita bersyukur, semua benda nampak cantik, kan?
rasa macam best pulak tulis entry random-random ni kan! [ye! -diri sendiri jawab-] padahal malas tules tajuk. sebab kalau nak tules untitle, da common, da bosan, da jenuh muak meluak apa semua dah. baik saya pilih, RANDOM. nampak jelas, dan nampak barat sikit, sebab saya guna perkataan orang putih.heee.
urgh. whatever!
Cerita 1
jeng jeng jeng! habes!
Cerita 2
alhamdulillah, dalam cerita kedua ni, saya nak cerita pasal sambungan Brigade 6 saya tu lah. bukan yang semalam punya, tapi yang dua hari lepas, eh eh. tiga hari lepas, sebab dua hari lepas saya tak naik ambulans, sebab siapkan report untuk ditanda tangan oleh KEPALA jabatan (Head of Department).
tiga hari lepas, saya tiba di perkarangan Podstansii pukol 9 pagi. lama jugalah tunggu. dan sambil-sambil tunggu, macam biasa, kami main UNO. setelah kalah beberapa game, saya sudah mahu give up, tapi nasib baik panggilan Brigade 6 selamatkan maruah saya. saya hempaskan kad-kad saya yang sama kaler je semua ke meja dengan kebanggaan maksima dan berlalu ke ambulans.
hari tu, doktor saya baik. dia laki laki. nama dia Aleksei Ape Entah. tapi dia suruh panggil Aleksei. dia bukakan pintu untuk saya, suruh saya duduk diam-diam, dan tutup pintu, dan dia duduk di depan bersama pemandu. saya pula duduk sorang-sorang dibelakang bersama stretcher, balang oksigen, kerusi dan almari-almari kecik.
perjalanan kami, ibarat naik pacuan 4 roda, sebab jalan-jalan di Russia ni memang macam harrremmm. maka, terhuyung-hayang lah saya kat belakang tu sorang-sorang. setelah hampir 45 minit bergolak, akhirnya kami tiba di destinasi pertama kami. macam biasa, pagar rumah orang-orang russia ni. memang besar, dan sangat tinggi. ada pintu besi nak masuk kedalam kawasan halaman rumah. masa tuan rumah bukak pintu besi, ada seekor anjing menyalak-nyalak. (hanjeng lagi? bosan!) tapi, tuan rumah cepatcepat ambil anjing tu, dan dia sorok dalam sebuah rumah kecik (reban, kot?) . saya dan doktor saya masuk rumah tu. dalam rumah tu, ada seorang balnaya (pesakit perempuan) muda lagi, 16 tahun, mengadu sakit perut. doktor buat beberapa isledovaniye (observation) dan decide untuk hantar balnaya ni ke hospital. dan hospital yang diarahkan ialah Oblastnaya Balnyitsa (Hospital Daerah). maka bergedung-gedanglah saya kat belakang untuk 30 minit yang seterusnya.
Ambulans kami bergerak ke arah Eletskaya, dan melalui beberapa kawasan apartment. di situ, kami ambil seorang balnaya jugak, yang terseliuh kakinya, dan bawa ke sebuah Poliklinik berdekatan. tiba je kat situ, doktor pesan jangan kemana-mana, duduk dalam ambulans, sebab tak ada manipulation nak dibuat. doktor tu bawak balnaya tu kedalam Poliklinik untuk registration. selepas 15 minit menunggu, kami ke destinasi seterusnya.
Kali ni, kami bergerak ke arah Diskont Sentr. Petient kami, seorang pak cik tua. masa kami tiba, dia tengah terlantar kat atas katil. dia ternganga. tubuh nya kuning. demam kuning la tu. badan dia tak lah kurus sangat. perut dia tak besar, tapi nampak jelas dia punya liver membesar (liver hypertrophy) memang jelas gila. first time saya tengok. kesian jugak. doktor tengok kejap, dan jumpa isteri dia untuk keterangan. kata mak cik tu, suami dia ni seorang pemabuk. dah berapa banyak kali dah kena ni. muka dia nampak kesal dan sedih. saya rasa mungkin dia dah banyak kali pesan dekat suami dia, tapi suami dia tak nak dengar. sabar je la makcik yea.
selepas ambil keterangan, kami ke ambulans. doktor tu telepon stesen, dan cakap " Shestaya Brigada svabodna ( Sixth brigade is free)". maknanya kami dah habes tugas kami untuk hari tu, dan kembali ke Podstansii.
habes!
Cerita 3
pagi dua hari lepas, masa saya dan dua orang kawan saya tengah menunggu lampu isyarat bertukar kaler, tiba-tiba ada sebuah kereta Honda hitam laju lalu depan kami. tingkap dia terbukak dan keluar lah seorang laki-laki russian, menjerit-jerit kearah kami. nak tahu apa dia jerit?
WHAT THE FISH WHAT THE FISH WHAT THE FIIIIIISH!!**
[sambil jari tengah dia kat dua tangan tu terhuyung hayang kesana sini]
**anda tahu gantian untuk FISH tu untuk ape kann..
kami buat tak layan je lah. kan kalau balas, lain pulak jadinya. kadang-kadang tak faham, kenapa masih ada kalangan diorang ni benci sangat orang asing. aduhai. komunis lekat lagi ke dalam kepala tu?? tak paham!
ha.ha.ha. mesti kamu-kamu anggap saya ni "kecoh aaaa, biasa la tuu" atau ape-ape je lah. ye, saya dah tak kesah,. da biasa dah. dah kene banyak kali. ni negara diorang kan? lantak lah. baik saya buat hal sendiri an? yang penting tak menyusahkan orang lain. heee.
tak kesah! boo!
Cerita 4
hehehe. the best part. ramai kawan saya kawen bulan ni! muahahaha. macam semalam, batchmates saya kawen, tapi bukan dekat Volgo, tapi batchmates Moscow. diorang kawen dekat Pasir Mas. tahniah lah kedua-duanya Mohamad Fareez dengan Nawal Saizan. semoga penyatuan ini dirahmati Allah, dan dikurniakan rezeki melimpah ruah olehNya insyaAllah^^
dan hujung bulan ni, senior saya pulak. tahniah!
semoga baitul muslim yang terbina melahirkan penggerak agama masa depan insyaAllah.
habes!
wa ilalliqa'! wassalam alaikum :)





Terdapat 7 comment(s):
ramainya org sakit kt russia nie..
taun depan awk lak kawin kot..hahahaha..
ignore previous comment..
... apa tu?...
ohoh..'hanjeng' punye rumah dipanggil reban ye?? :) haha~
anyway, lame betul x main uno..
last main mase form 5 dlu...rinduu bebeno~
notakaki: jangan lupe anta kad jemputan bile dah nk mendirikan baitulmuslim ye mofar~ ;)
korang kat sana memang ada praktikal ikut ambulans ke? menarik! ^^
aton! : hahha. reban la tu. sama je. ada kayu kayu. ada bumbung kecik sikit. pastu ada kunci. heee. same, kan?
hahha. kate orang. kamu tu, jangan lupa jugaks!
kak ainul: yep ada! menarik? urm.. boleh lah. =.="
Post a Comment