pernah saya terfikir pasal satu benda ni. tapi dah lupa. dan hari ni, saya terpikir balik benda tu. apakah benda itu ya?
kadang-kadang saya rasa orang yang diberi Islam oleh Allah directly, lebih merasakan Islam itu sendiri dengan lebih cantik. dengan lebih sempurna. berbanding dengan Islam dari keturunan, yang mengalir dalam darah daripada ibu bapa muslim. eh, saya bukannya tidak bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, dan saya tidak menyesal menjadi anak abah wa ummi. cuma saya ingin berkongsi apa yang saya rasa.
saya tidak mahu korek mana-mana contoh yang susah untuk saya fahami, cukup saya ukur diri saya sendiri. saya sudah belajar membaca al-Quran, sejak 15 tahun lepas, dan selama beberapa tahun, saya tidak lah menjiwai alQuran seperti yang Allah mahukan. kalau dahulu, saya hanya mengaji, sebab abah selalu ajak saya mengaji sama-sama dengan dia. jadi saya pun mengaji lah. kalau dulu berlumba-lumba habiskan al-Quran dengan kawan, nanti dapat duduk dengan tok imam dalam majlis, sambil makan pulut kuning. kalau dulu baca saja-saja, nak test suare sedap ke tidak. kadang-kadang tu sementara tunggu maghrib, baca kejap, sebab semua orang atas surau baca. kalau semua orang baca, saya tido, pelik lah, kan?
kadang-kadang sampai sekarang, saya baca al-quran, tapi jarang pula untuk menjiwainya. kadang-kadang baca hanya sebagai baca. sekadar nak memenuhkan mutabaah amal. huh.
[anda begitu jugakah?]
sebenarnya, saya nak cerita.
ada seorang kawan, dia berkongsi cerita dengan saya. dia bagitahu saya, dia memperoleh quran pertamanya ketika dia berada di Pakistan. dan dia mula membacanya. baca baca dan baca. setelah berpindah ke New York, dia mula belajar bahasa al Quran. dan selepas setahun lamanya, baru dia sedari, yang Quran yang dia ada sekarang tidak lengkap. dia cerita, dia bagai nak gila bila tahu ayat al Quran miliknya itu tidak cukup.
kalau saya lah kan, saya akan terus baca je, tanpa perasan pun mana yang kurang, mana yang lebih. saya baca je lah.
kawan saya tu, baru memeluk Islam ketika berumur 22 tahun. sekarang sudah 24 tahun. sudah 2 tahun dia berada di dalam Islam, tetapi sudah bersungguh-sungguh mendalami alQuran. saya pula, sudah hidup 21 tahun dalam Islam, tapi masih belum sampai ke tahap ini.
hidayah Allah itu maha cantik, kan?
alhamdulillah, sebab saya dilahirkan sudah berdarah seorang muslim. saya rasa, kalau saya dilahirkan tidak mengenal Islam, belum tentu saya menjadi diri saya seperti sekarang ini. mungkin saya akan sesat sampai bila-bila. mungkin juga saya jadi seorang anak derhaka. nauzubillahi min dzalik.
[alhamdulillah]
Ya Muqallibal Qulub, Thabbit! Thabbit Quluubana 'ala Dienik!
-wahai pembolak balik hati, tetapkanlah! tetapkanlah hati kami dalam agamaMU-
sama-sama berusaha jadi muslim yang lebih baik dan bukan cun pada nama sahaja!
wassalam :)


Terdapat 8 comment(s):
:')
Yes, mari kita berusaha~~~
betol la..kadang2 tu mualaf lg better dari kita yg dh muslim nie..
bila bc Quran tu menonong ja..hari2 bc tp kekadang xmenjiwai mksud..='(
:) senyum..senyum..dan hanya mampu tersenyum..coz im totally agree with u~
"Ya Muqallibal Qulub, Thabbit! Thabbit Quluubana 'ala Dienik! ameeen ya Robb~"
thanks for sharing it..
seriously saya setuju ngn kata2 anda.. hidayah ALLAH itu maha cantik...
domu disini.. bila nak update nie? dr mofar..chayok2..dun give up to write..
syukur, lahir je kita, dah Islam di surat beranak.. Dibesarkan ikut ajaran Islam.. Tu pun banyak kita x hayatikan? :(
Post a Comment