Tudung saya (2)

Friday, June 17, 2011

katakanlah, "Hanya Allah yang aku sembah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agamaku"
(az-Zumar:14)


Hari semalam, cukup meresahkan hati aku. aku cuba untuk tidak memikirkannya lagi. apa salah aku. salahkah aku menegakkan aktaNya? tidak. aku tidak salah. aku tahu apa yang aku buat. alhamdulillah, selagi apa yang kita buat itu betol, Allah akan bagi ketenangan hati. dan syukur, hari ku tenang sampai ke Maghrib.


sudah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya. syif aku, tamat lambat lagi. elok lah dulu aku beransur ke surau sebelum kerja lain pula yang mendatang. kerja dekat pasaraya ni, tidaklah rileks sangat, tetapi alhamdulillah, untuk cari rezeki halal dan membantu orang lain seikhlas hati memadailah dengan kerja ini. ah, senyum sendiri lagi.


aku melihat kad kerja aku (punch card) yang berwarna ungu gelap itu. sudah seminggu aku bekerja disini. pengalaman pertama bagi aku. biarpun hari semalam sangat berat bagi aku, peristiwa itu tidak memberatkan aku untuk terus bekerja disini. Allah kan ada.


aku memegang kad itu didalam posisinya, untuk dimasukkan ke dalam mesin itu untuk dicetak, menandakan aku keluar sebentar. aku tidak mahu kemana pun. hanya surau depan tu je. 


tiba-tiba, aku terdengar dari jauh seseorang berkata-kata tentang aku. 
"kau tak boleh pakai tudung macam ni dekat sini!"


aku menoleh kebelakang. seorang pekerja atasan menyuarakannya kepada ku. dia berjalan perlahan mendekati aku. aku agak terpinga-pinga, tapi masih mampu mengawal keadaan. tenang Su, tenang!


"salah! cara kau pakai ni salah!"


aku hanya mampu senyum. jantung berdegup kencang seperti semalam. seperti ingin melarikan diri. tapi tidak tahu kemana! aku hanya senyum, dan cuba bertenang. dan aku cuba untuk jelaskan pendirian ku.


"kak, saya pakai macam ni, sebab saya nak tutup dada saya. saya nak tutup apa yang sepatut saya tutup. saya nak jaga aurat saya". aku cuba untuk berlembut dengannya. orang ramai disekeliling hanya memandang. malu juga rasanya. aku cuba mengawal emosi daripada melantangkan suara. marah akibatnya parah!


"kau jangan. undang-undang sini memang macam ni. kau tak boleh lawan. dah kene buat tu kan, buat lah"


aku tahu, aku seorang sahaja di sebelah aku. aku harus pertahan pendirian aku!


"tapi kak, undang-undang Allah, akak nak lawan ke?"
pekerja itu kelihatan terkejut, tetapi masih berkerut mukanya. pekerja lain mula mengerumuni kami. drama hebat bagi mereka mungkin.


"akak, saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa. saya minta maaf kalau akak terasa hati. tapi saya tidak boleh masukkan tudung saya kedalam baju ni. saya nak jaga apa yang perlu saya jaga."


kakak itu memandang tepat kedalam mata aku. dalam hati aku, terasa sangat berat. Ya Allah, apa dugaannya ini. aku memandang sekeliling. kumpulan perempuan muda semalam, pegawai atasan. semua berdiri melihat aku. seolah-olah aku sedang berperang dengan dunia. bantu aku Tuhan!


"kalau tu pun engkau tak boleh nak buat, yang lain lagi lah." sambungnya lagi.


sakit. telinga seakan berdarah. aku bertahan. aku kena kuat. aku tidak boleh menangis di depan orang ramai. pendirian aku teguh! aku menghembus nafas panjang.


name tag aku sudah ditelapak tangan. ada gambar aku disitu, tersenyum kembali melihat aku. nama penuh aku pun disitu juga. aku suka bekerja disini. bagi aku disinilah tempat untuk aku berbakti sesama manusia seikhlas hati. cukuplah dengan kudrat yang ada. 


"takpelah kak. kalau macam tu, saya letak jawatan."


aku letakkan name tag tu, di atas meja. betul-betul didepan semua orang. aku tidak mahu melihat mata-mata yang memandang aku. aku letakkan tanggungjawab aku bersama name tag itu. aku tunduk lama. dan aku dongak kembali.


aku memerhati setiap pekerja wanita disitu. sedih melihat wajah mereka. setiap seorang aku perhatikan, sampailah kembali kepada wanita itu. 


"akak, apa-apa lepas ni, letak agama di hadapan. rezeki saya, bukan akak yang bagi. tapi Allah yang bagi rezeki dekat saya. Dia yang bagi saya makan selama ni."


semua kelihatan terdiam.


"akak, kalau besok kiamat la kan, saya harap akak tak cari saya, tak tuntut dengan saya di akhirat nanti. saya dah jalankan tanggungjawab saya." 


aku menahan nafas. memang itu yang terpendam. tangan kiri yang digenggam aku cuba leraikan perlahan-lahan. aku tidak mahu menunding jari. aku tidak mahu dianggap kurang ajar. mata aku berair. tapi aku tidak boleh menangis!


"tapi, kalau undang-undang sini kene masuk tudung kau kat dalam kan, kau kene ikut".


aku hanya menunduk. aku tidak mampu berkata apa-apa. ramai sangat orang disitu mengelilingi kami. pekerja-pekerja lelaki. dua orang perempuan teman sekerja ku pun turut ada disitu. semua terdiam. hanya mampu melihat aku.


selepas memberikan salam kepada semua orang, aku menuju ke surau untuk melaksanakan tanggungjawab aku yang tertangguh. Ya Allah, sungguh berat dugaanMu ini. aku tidak mampu menanggung ini seorang. 


aku beransur pulang ke rumah. hati aku tiba-tiba tergerak untuk menuju ke satu pusat tuition pelajar UPSR. mana tahu, rezeki aku menunggu disitu. alhamdulillah, aku telah mendapat kerja baru, malah lebih bagus daripada kerja lamaku. Allah telah mendengar doa ku. Dia telah menggantikan sesuatu yang lebih baik untukku. Terima kasih Allah. Terima kasih.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



tidak. ini bukan cerita saya juga. ini adalah sambungan yang semalam punya. saya buat dua bahagian, sebab saya nak anda semua rasa apa yang saya rasa.


oh, sebelum terlupa, ini link nya untuk siapa-siapa yang tidak baca lagi kisah sebelum ini. TUDUNG SAYA


setiap orang, ada ujian masing-masing, dan inilah ujian untuk kawan saya ini. dan kesahnya ini, betul buat saya terharu. berapa ramai orang yang sedar hakikat ini? berapa ramai orang yang rasa perlu jaga apa yang perlu dijaga?


saya bukan lah hendak memuja berlebihan, tapi sekadar mengagumi salah seorang yang patuh pada suruhanNya. jikalau sebelum ni, kita dengar rusuhan wanita Islam di Perancis untuk memakai tudung, berjuang sampai masuk penjara, jujurnya, saya tidak terasa sangat. tetapi apabila berlaku di sekeliling saya, saya tak rasa hati saya masih batu lagi. 


akhir kata, tahniah kepada sesiapa yang masih mampu bertahan sehingga sekarang. saya cukup mengagumi anda.


dalam diam, saya berdoa supaya kawan saya ini dikurniakan seorang teman hidup yang sama kuat dengannya, dan menjaga agama Islam ini walau macam mana sekalipun. moga diperkenan.





jikalau sesuatu pendirian itu betul, pertahan kan lah walau kita terpaksa bersendirian.

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu, dan bertasbihlah seraya memuji Tuhan-mu pada waktu pagi dan petang
(al-Mu'min:55)

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang agung."
 
(Yunus : 62-64)


ada seseorang berpesan kepada saya:

"kalau kamu ada peluang untuk pertahankan agama ini, pertahankanlah."

wassalam.

Terdapat 6 comment(s):

Cinta Madu at: June 17, 2011 8:40 AM said...

sedih baca kisah ni. lagi sedih bila fikir ramai yang masih tak faham hukum Allah, hatta diri sendiri masih jauuuuuuuh lagi untuk sampai ke tahap yang sempurna di sisi Allah. semoga entry ini menjadi peringatan untuk semua wanita malah lelaki juga.

Maher at: June 17, 2011 3:53 PM said...

mantap...sebenarnya apa beza dengan kisah sebelum ni? ni sambungan ke ataupun kisah yang lebih di'detail'kan?

respek la kat kawan ko tuh

MofarRahman at: June 17, 2011 4:16 PM said...

ni sambungan dia dari kesah sebelum ni. yes. respek sama dia. aku terharu gila. tuhan je tahu.

MofarRahman at: June 17, 2011 4:16 PM said...

azu: insyaAllah. begitu la hendaknya. T_T

atOn at: June 17, 2011 5:51 PM said...

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

:) terjumpe doa ini mase blogwalking td..rase nk drop kat sini plak~

hidayah zulkharnain. at: June 18, 2011 4:47 PM said...

macam cerita disebalik lagu [native deen - not afraid to stand alone.] stand for what is RIGHT.even if you stand alone.untuk pertahankan agama DIA tak perlu tunggu diberi peluang,kita sendiri kena cipta peluang tu. ^^,