Post
semua orang mesti pernah melalui zaman kanak-kanak ribena, kanak-kanak riang. lepas tu, masuk sekolah, sekolah menengah.
tipu lah kalau anda semua tak pernah melaluinya. takkan la keluar dari perut mak teros besar kan?
dulu, ketika saya di sekolah menengah kan, saya selalu melihat orang-orang yang sudah besar. erm, maksud saya, remaja yang dah masuk18 tahun. yang dah masuk 20 tahun. yang belajar dekat universiti. yang semua-semua lah. dan saya kadang-kadang, rasa macam best bila umur da besar. boleh pakai lawa-lawa. boleh bawak kereta sediri.boleh pegang duet sendiri. yang paling penting, nampak matang. nampak macam hebat. dan ada sesetengah tu, nampak macam rilek. best jadi orang 20 tahun, kan?
tapi, tu imaginasi saya ketika kecil lah. sekarang, umur saya pun da besar panjang. dan, saya rasa imaginasi saya sangat lain dengan kenyataan. (kadang-kadang kalau fikir balik, rasa macam lawak)
**sengih sorangsorang
dah besar ni, takde lah rilek mana pun, umur membesar bersama tanggungjawab. semakin bertambah umur, semakin banyak benda yang nak dipikul. agama, ibu bapa, pelajar, muslim. macam-macam lah. masalah pun kian bertambah, banyak benda yang perlu diselesaikan sendiri. matang? kadang-kadang tu, terasa jugak seperti budak berumur 12 tahun yang tersekat dalam tubuh berumur 21 tahun.
syukurlah sebab masih hidup sampai sekarang. ada juga beberapa orang kawan saya yang telah diambil hidupnya sebelum mencecah umur ini. semoga mereka dicucuri rahmat insyaAllah.
hari ini, saya tengok balik budak-budak sekolah rendah, yang masih berbasikal ke hulu hilir. terasa rindu nak kembali ke zaman itu.
*senyum*
"Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah adalah Illah yang bergantung kepada-Nya segala urusan.
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
Allah adalah Illah yang bergantung kepada-Nya segala urusan.
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
(Quran: 112)
wassalam.


Terdapat 7 comment(s):
kan..bilo dah tue brjggut br trase nikmat jadi sorg budak penuh dgn hengus...
bila byk problem rasa nk jd bebudak balik..
hahahahahahha...dulu kecik2 siap penah kena penampar sebab mencarut kat orang tanpa sebab. -.-". kalau ada sebab pun, still kne penampar jugak. -.-"
tapi besar2 si penulis ni pun, AT LEAST, dah nak habes 3rd year. ktorang ni. =/
aish!! sgt rindu~~
rindu nk kejar bas intrakota (skrg ni Rapid kL) bile tertinggal..
rindu nk pecut beskal mase ujan..
rindu nk lumbe beskal dgn kwn2~
tema & kesimpulan nya..sgt rindu!! :)
...
...
blogberjaley smbil baca entry baru :D
Post a Comment