“Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”
Pukul 930 pagi. abah mengetuk pintu bilik, tanya sama ada saya sudah bersedia ke tidak. sebab ummi biasa pakaikan saya, masukkan baju ke dalam seluar. ummi belikan saya tali pinggang pelangi. saya jarang pakai tali pinggang, kecuali di sekolah, ataupun balik ke kampung sebelah ummi. ummi sudah keluar pukul 830 lagi ke pasar. sekarang, tiba giliran saya dan abah pula ke pasar.
rumah di kampung ummi, pagi-pagi biasanya sunyi, sebab sepupu-sepupu saya masih tidur. Abah pesan dekat saya, jangan tidur lepas subuh, nanti takde rezeki. saya ingat lagi. abah tahu saya tak berapa suka balik kampung, sebab sepupu saya semuanya besar-besar. saya tak berapa ngam. saya sudah sedia dan saya keluar bilik, dan saya nampak abah sudah ada di muka pintu, tunggu saya. dia lagi segak daripada saya. abah tidak pernah selekeh. dia selalu tight-in baju nya. dan tak pernah pakai baju round-neck kecuali berkebun.
keluar dari rumah, abah suruh saya tutup pintu perlahan-lahan, nanti ganggu isi rumah tidur. abah biasanya letakkan selipar yang dah memang sedia menghadap ke depan, tak perlu pusing-pusing tubuh lagi selepas pakai. tak macam saya. saya selalu campak selipar saya. abah yang selalu kutip. dan dia selalu pesan, selipar, letak macam ni. senang. saya masa tu, hanya angguk. tapi saya tak buat pun. heeee.
abah ada kereta Mitsubishi Galant. tapi macam biasa, abah tak suka bawak kereta. nak jimat katanya. jadi kami ke pasar, jalan kaki. abah cakap, umi pun jalan kaki ke pasar walau sakit pun. jadi saya pun ikut. jarak rumah ke pasar, tidak lah jauh sangat pun, tapi saya malas. masa jalan, abah tak banyak bercakap. saya tanya abah macam macam tapi abah kurang cakap. tapi kadang-kadang abah pesan, jangan susahkan orang. abah selalu suruh lihat sekeliling masa jalan. jangan lupa pandang depan. abah jarang pegang tangan saya. nak suruh saya jalan sendiri. atau berdikari. kot?
nak ke pasar, kami kene cross dua line landasan kereta api. masa ni baru abah pegang tangan saya dan suruh saya cepat-cepat cross. saya selalu tanya abah, kenapa nak cepat-cepat cross walau takde kereta api nak lalu masa tu. abah jarang jawab. tapi abah selalu suruh saya tengok sekeliling. tapi saya tak faham. dan kadang-kadang saya geram dengan abah, sebab tak jawab soalan saya. tapi saya diam. malas nak buat hal. sebab abah garang.
dekat pasar Pasir Mas tu, abah selalu cakap2 dengan penjual. sambil-sambil tu abah terangkan dekat saya apa yang diorang jual. hari tu, saya main dengan ketam. ketam tu, dia ikat sepitnye ke tubuh. saya suka tengok diorang struggle nak lepaskan diri walau tak dapat. heee.
lepas beberapa lama, kami jumpa ummi. aik? macam mana abah tau ummi dekat sini? ummi selalu senyum dekat saya, dan suruh saya cepat-cepat balik, sebab hari dah makin panas. kami ambil barang-barang dari ummi. abah biasanya bagi barang yang ringan-ringan dekat saya. macam sayur, kobis. jarang pula abah bagi ikan atau sotong dekat saya. takot nanti kotor seluar saya katanya. lepas ambil barang daripada ummi, kami pun balik ikut jalan yang sama. kalau saya balik dengan ummi, mesti saya naik beca sekali dengan ummi. tapi kalau balik dengan abah, mesti jalan kaki. tapi abah suka belanja roti canai, dengan ABC. tu yang best. heee.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
tapi,masa tu, umur saya 7 tahun. tu kisah 14 tahun lepas. dan alhamdulillah, kehidupan kami bertambah baik. saya sudah besar sekarang. abah pula sudah ada dua orang cucu, yang juga merangkap dua orang monster saya, yang sangat comel dan nakal. bukan anak saya tahu! anak abang dan kakak saya.heee.
Syukur sebab abah masih sihat sampai hari ini. sekarang dia sedang mendidik cucu dia pula kalau dua orang budak tu main-main dekat rumah abah. syukur juga sebab ummi masih lagi ada sampai hari ini. walaupun dua-dua sangat garang dan semakin garang, tapi saya masih sayang parents saya, dan saya still respek diorang sebab masih bertahan sampai hari ini.
selamat hari lahir dan selamat hari bapa kepada abah saya. alhamdulillah, saya masih dikurniakan nikmat seorang ayah sampai hari ini. saya rasa dia tak baca entry saya ini. tapi takpe. saya nak dia tahu, saya sangat sayang abah saya. dan terima kasih sebab jadi seorang yang best untuk saya. teman saya belajar setiap malam ketika saya di rumah dulu. dan banyak lagi lah. semoga abah dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki. insyaAllah.
Terima kasih Tuhan.
wassalam.


Terdapat 10 comment(s):
hoho..mengharukan~
alolo comelnya entri ni >.<
untung abah awak ada anak macam awak.
terharu baca entry ni. abah azu pun segak jugak :) btw, boleh azu busy body nak tanya ummi aulia sakit apa? :P
aisyah: :)
nousya: haha. saya yg untung ada abah mcm dia :)
azu: oh. masa tu, umi sakit kaki. betis umi macam banyak urat bengkak. biasalah, kerja ummi dlu banyak jalan2. sebab tu lah. tengs tanya.
entry comel..
may Allah bless your abah..
cik fatin: insyaAllah. mekaseh!
Semoga Allah panjangkan umur abah dan ummi kamu....
*post yg best dan touching.
ikh...abah bace la...abah org 1st baca n bagitau org len suh baca,,,muka abah excited gila.. thanks for being nice brother n son.. hehehe....
sweetnya entri ni...!
saya kalau tulis pasal abah, saya selalu berdoa yang dia takkan baca entri saya.
saya ingatkan awak ni sebaya encik Maher?
hahha. saya pun harap cmtu juga. tapi dia baca juga -__-
oh tidak. dye senior saya. beza 2 tahun kot. agak jauh lah. :)
Post a Comment